HUBUNGI : AMEI 012-5040651

Tuesday, March 30, 2010

MESYUARAT AGUNG KALI KE 4 / 2010 TELAH DIADAKAN PADA 26 MAC 2010 YANG LALU PADA JAM 9.00 MALAM DENGAN PENUH KESYUKURAN TANPA ADA SEBARANG MASALAH DAN GANGGUAN. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI YANG HADIR PADA MALAM ITU. KOMITMEN ANDA TERHADAP ALUMNI SK TROSOR AMAT DIHARGAI.
Ucapan Oleh Pengerusi Majlis ; EN JAMILI BIN NORDIN

( Ucapan pendahuluan oleh sdr pengerusi majlis meruntun jiwa dengan bait-bait pantun yang maksudnya sungguh mendalam untuk kita renungi )

Ucapan Oleh YDP Alumni : TN.HJ. ABDUL MUTAI BIN MAT NORDIN

( Berkisar kepada kisah tanggang zaman dulu dengan tanggang zaman moden. Penuh dengan kata-kata nasihat kepada semua ahli agar Alumni SK TROSOR ini dapat bersaing dengan ALUMNI- ALUMNI yang banyak wujud sekarang. Moga harapan dan komitmen untuk menjadikan ALUMNI yang terbaik antara yang terbaik. YDP juga berharap agar ALUMNI ini kekal untuk selama-lamanya, jangan dirosakkan ALUMNI ini. )

Ucapan Perasmian ; TN. HJ AHMAD DASUKI BIN HJ ABD RAOF

( Merupakan anak jati Kampung Trosor yang telah berhijrah ke luar dari Sungai Siput. Zaman seangkatannya Tn. Hj Nawawi b. Tahrim semasa berkampung di Sungai Bendang. Nostalgia menusuk hati Tn. Hj. Beliau juga merupakan Exco Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Negeri Selangor. Tahniah !!!! atas kejayaan anda di luar Kampung Trosor. Pakar kaunseling dan motivasi kepada pelajar-pelajar seluruh negara. Beliau berharap agar orang-orang melayu agar mempertahankan Kesultanan Melayu dan Islam. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan merasmikan majlis ini. )
Cendarahati dari YDP ALUMNI kepada TN. HJ. AHMAD DASUKI

Antara Ahli-Ahli ALUMNI yang hadir pada malam itu.

( Majlis ini berakhir pada jam 11.35 malam dan akan diadakan pada tahun-tahun yang akan datang )

No comments:

Post a Comment